"Woi Mas! Wah wah.. berangan je minah sorang ni! Manalah tak montel, Ni hah ada call untuk kau!" Jerkah Iza. Terbantut angan-angan orang dibuatnya, hei potong stim betullah budak sekor nih.. aku baru nak berangan kahwin dengan anak raja dia kacau aku daa..
"Siapa Iza? Yang nak cakap dengan budak comel nih?!.." Tanyaku senyum-senyum kucing gitu.
"Manalah aku tau.. boy laa.. sedap suara dia.." Iza tersengih-sengih penuh makna terus menghulurkan telefon pada ku.
"Hello, Hazan di sini, sapa tu?"
"Hei Hazan, apa khabar? Ni akulah Mas, kau telefon aku ni rindu ke?" Tanyaku mengusik Hazan.
"Hoi budak brutal! Kalau ye pun rindu kat kau bukannya pulang modal.. orang lelaki nak mengorat pun takut, baru aje nak tegur dah tunjuk penumbuk.."
Aku tersengih-sengih macam kerang busuk.. "Hei Hazan, aku punya sukalah.. apa kau susah? Ni telefon aku ni ada apa hal?"
"Macam ni ha Mas, aku nak kenalkan kau pada sorang guy, handsome tau.. eksekutif pemasaran lagi.."
"Hei Hazan, ingat aku tak laku ke kau nak kenalkan kawan kau hah?! Entah-entah lanun ke.. komunis ke.. eee takut aku!"
"Apalah kau ni Mas, aku belum habis cakap kau dah potong.. dia ni baik budaknya.. aku cakap kau! Kawan office aku pulak tu. Alah dulu kau jugak yang minta aku kenalkan sorang guy untuk kau.. dah lupa ke Atau kau nak pegang title 'andartu' sampai aku berjanggut Mas.??!!"
"Hoi tolong sikit!!"
"Tolong apa cik Mas?"
"Tolong diammm.., hah bila kau nak jumpa aku?"
"Sabtu ni kita orang tunggu kat KFC Seremban, jangan kau tak datang pulak.. geram betul aku tengok kau ni Mas..!! Dulu aku nak kenalkan kawan aku, engkau cabut pulak, malu gilerr aku cakap kau.. kali ni kau jangan nak malukan aku lagi. Kalau tak aku tak nak tegur kau lagi..."
"Yelah.. yelah.. aku janji tak buat peel brutal tu lagi.. masa tu aku tak ade moodlah bila tengok muka guy tu penuh dengan gunung berapi, tapi kalau guy tu handsome gilerr aku naklah. Boring aku dengar kau membebel macam mak nenek nih Hazan, buang masa eje.. cauu!" Aku terus meletakkan telefon. Ini peluang baik punya untuk aku mengaburkan pandangan orang tua aku yang mahu aku kahwin.. alah umur baru 27 tahun dah bising-bising suruh aku kahwin. Hai, bukannya senang nak kahwin nih! Kalau senang macam ayam itik kahwin dah lama aku kahwin daa.. bukannya aku tak nak kahwin tapi tak ada calon aje, nanti aku kahwin lee..
Hari dinanti pun tiba. Dalam kekalutan ni aku gagahkan jugaklah kaki melangkah ke tempat yang dijanjikan. Kalau diikutkan hati memang aku malas nak pergi tapi dah janji punya pasal tak pelah, tak salah kalau sesekali aku berkorban sikit hanya kerana seorang kawan. Lambat ke cepat ke, aku tak kira... kau tunggu jelah. Yang pasti aku datang.
"Woi Hazan ! Lama kau orang tunggu?"
"Berkulat jugaklah kita orang lepak kat sini," jawab Hazan. Mataku terus terpandang guy yang handsome di hadapanku, boleh tahan jugak orangnya ada iras-iras Hairie Othman gitu.. pandai jugak budak sekor ni cari orang untuk aku.
" Duduklah don't be shy.." Merdu, gemersik suara guy tu singgah kat telinga aku ni.. apa lagi dengan brutalnya aku pun duduklah depan dia, berdebar semacam ajer dada aku ni.. relekslah Mas bukannya kau nak kat dia tapi nak minta tolong dia sempurnakan rancangan aje..
"Hazan mana kau pungut guy ni? Boleh tahan jugak." Aku lihat guy tadi bagai udang kena bakar.. merah semacam je aku tengok.
"Tolong sikit.. nih kawan office aku, Ammar Shauqi"
"Hai apa khabar, saya Mas.. Maslia." Aku menghulurkan tangan.
"Saya Ammar Shauqi.. Mas boleh panggil saya Ammar aje.."
"Haa Mas, apa yang kau nak bincangkan kat kita orang nih?"
"Ammar, kau belum kawin kan? Kau mesti tolong aku..ni antara hidup dan mati!!"
" I'm not sure yet.. bagi tahulah apa dia ?"
"Macam ni ha, emak dan ayah aku kat kampung nak kahwinkan aku dengan seorang guy tu.. tapi aku tipu dia orang kata aku tak nak kahwin sebab dah ada boyfriend, yang jadi masalahnya aku bayang-bayang boyfriend pun tak ada lagi, aku nak kau tolong aku.."
"Laa.. itulah pasal, dah emak dan ayah kau dah cari calon, apa lagi kahwinlah.. buat apa nak minta tolong kita orang?" Celah Hazan
"Har.. harr.. harr.." Berderai ketawa dua ekor jejaka depan aku ni.
"Susahlah cakap dengan kau orang nih, aku tak nak kahwin sebab aku belum sedia, pas tu aku tak kenal guy tu.. tu ajer!"
"Ok, ok.. Mas aku boleh tolong kau tapi macam mana?"
"Haa.. that's the right way! Kalau kau boleh tolong den nih haa Ammar.. kau perlu jadi pak we aku sehari aje minggu depan.. sebab famili aku nak tengok guy yang jadi boyfriend aku tu."
" Just that? No problem.. Ahad nanti aku jemput kau."
Peristiwa Ammar menziarahi keluargaku di Bahau masih kukuh di ingatanku. Mana boleh lupa beb.. layanan istimewa ibu bapaku dan renungan Ammar membuatkan aku merasa sesuatu yang aneh telah menjelma.. tapi ia hanya lakonan bukannya kenyataan, alangkah bahagianya jika Ammar betul-betul boyfriend aku? Peh! Apalah aku ni jiwang karat pulak, malu aku kalau si Hazan tau, heboh satu Seremban yang budak brutal + comel nih jatuh cinta.. Tiba-tiba, Tit..Tit..
"Hello Syarikat Maju Jaya, boleh saya bantu.."
"Hoi Mas!! Akulah, Hazan..cam ne Mas, ok?"
"Cam ne, cam ne apa?" Aku berpura-pura tidak mengerti.
"Alah tentang lakonan kau minggu lepas, berjaya ke tak? Cam ne orang tua kau suka ke tak kat Ammar..??"
"Tengok kakilah.. aku cakap kau!! First class lakonan aku dengan dia hari tu.. orang tua aku macam percaya je dia tu boyfriend aku.. haa yang kau ni sibuk-sibuk apasal, buat aku hilang mood aje.."
"Alah janganlah marah, nanti cepat tua, bila dah tua siapa yang hendak lagi.. aku jugak yang kena kahwin dengan kau.."
" Sorry yekk, bye.. aku banyak kerja nih.. titik!" Aku terus meletakkan ganggang, nak layan Si Hazan ni sampai tahun depan pun tak habis. Lagi dilayan lagi menjadi!
Panggilan telefon petang tadi membuatkan aku tak senang duduk, orang tua aku suruh aku balik kampung dengan segera.. nak kata dia orang sakit aku tengok sihat aje minggu lepas, nak suruh aku kahwin, aku belum sedia lagi nak kahwin dengan 'boyfriend' aku tu.. ada-ada aje orang tua nihh. Nilah akibatnya, berlakon punya berlakon akhirnya orang tua aku tersangkut lak dengan boyfriend lakonanku ini.
"Haa.. balik jugak kau Mas, ingatkan tak kenal jalan nak balik dah!!" Aku tersengih-sengih, lain macam aje bunyi cakap orang tua ni apa hal daaa..
"Apa mak!! Kahwin?! Orang baru 27 tahun.. mak kan tau Mas dan Ammar baru kawan, mana boleh terus kahwin aje.." Gabra aku bila emak menyuarakan tujuannya panggil aku balik kampung.
"Mak rasa dah tiba masanya kau hentikan lakonan kau orang tu.. hari Rabu minggu lalu mak ada telefon rumah kau, tapi Si Iza yang angkat.." Perut aku rasa memulas-mulas macam nak mengeluarkan isinya bila emak sebut nama Iza.. iyelah dia manalah tau rancangan kami semua.. pecah juga tembelang aku..
"Mak tak kira, kau mesti ikut kata mak kali ni, kahwin dengan pilihan kami."
"Mak. Mas belum sedia..," aku merayu pada emak dengan muka seposen. Itupun dia buat tak layan. Emak menjeling tajam, dia bangun dari kusyen biru itu menuju ke dapur.
"Dah tiba masanya kau dengar cakap mak dan ayah Mas, kau dengan Ammar tu bukannya bercinta betul-betul tapi berlakon aje.. dulu masa di oversea emak dan ayah ada nak jodohkan kau dengan Si Mamat anak Pak Ali tu, kau tolak sebab ada boyfriend.. mat saleh pulak tu, bila balik Malaysia kau kata kat emak dah putus!! Mak dan ayah dah letih dengan alasan-alasan kau Mas!!" Aku terlopong dengan sikap mak yang serius tu, tak pernah aku tengok mak marah gilerr kat aku.. salah aku juga sebab tipu dia orang, haa.. sekarang siapa yang susah? Aku juga yang susah..
"Mak please.. please..berilah Mas masa.."
"Pantang keturunan mak Mas, mungkir pada janji. Ayah dengan mak dah janji dengan keluarga bakal suami kau tu, bulan depan mak dan ayah mahu kau kahwin.."
"Majlis tu bulan depan?!" Aku betul-betul pening, jantung aku pula macam nak tercabut.. betul-betul aku rasa nak muntah, KAHWIN? Suatu perkara yang aku rasa aku tak akan kulakukan seumur hidup!!
Sebaik saja aku memulakan kerja di pejabat, aku dihujani ucapan tahniah.. beribu-ribu lemon ucapan untuk aku.. aku cakap kau.. belum sempat aku duduk telefon dah menjerit-menjerit minta diangkat.
"Hai Mas, nak kahwin senyap-senyap ye?"
"Hai Hazan, sape bagi tahu berita mengarut nih?"
"La.. emak kaulah yang beritahu, kata belum sedia.. tup-tup nak kahwin bulan depan."
"Emak ni pun satu, siapa lagi yang tahu Hazan?"
"Alah.. 'boyfriend' kau tu pun dah tahu.. kengkawan kita pun dah heboh dah.. kahwin jugak kau ye budak brutal," celah Hazan. "Siapa jejaka yang malang tu Mas?"
"Hei tolong sikit, siapa kata malang dapat aku?! Aku comel ape? Entahlah Hazan, aku malas nak ambil tahu siapa pemuda yang menjadi pilihan orang tua aku. Emak dan ayah aku dah marah gilerr kat aku coz tipu dia orang.. sebagai denda aku kena ikut cakap dia orang, kalau tak jangan balik kampung sampai tua kata emak aku.."
"Rileklah Mas, pilihan orang tua selalunya paling tepat, tak kanlah dia orang nak musnahkan hidup kau Mas." Kami diam seketika.
"Ok lah Mas aku nak lunch nih.. bye."
Petang Ahad tu aku jumpa seseorang. "Apahal kau nak jumpa aku ni Ammar?" Soalku pura-pura tapi aku boleh agak apa yang dia nak cakap, maklumlah aku ni kan budak brutal yang paling comel. Pemuda yang berkulit cerah itu tersenyum menyambut kehadiranku, dia mempelawaku duduk.
" Ini untuk awak Mas.." Ammar menghulurkan sejambak bunga ros merah kepadaku.
"Sebenarnya aku nak ucapkan tahniah kerana kau nak kahwin bulan depan.. melepaslah aku Mas.."
katanya dalam tawa yang menawan.
"Engkau pun tahu?" Pintasku pura-pura. Dia mengangguk.
"Aku juga nak tahu satu perkara.. adakah kau ada perasaan kat aku?" Sepatah-sepatah kata-kata itu meluncur keluar dari mulutnya. Memang aku ada perasaan terhadapnya (jiwang jugak aku ni yekk??) tapi nak mampus!!? Emak dan ayah tentu mengamuk bila aku batalkan rancangan dia orang. Aku menggelengkan kepala perlahan-lahan.
"Baguslah begitu.. bukannya apa Mas, aku pun nak bertunang bulan depan, kami dah lama kawan. Anyway, aku doakan kau orang bahagia.." huluran tangannya kusambut dengan jiwa yang tak keruan, kontrol.. kontrol.
"Datanglah.. bulan depan," ajakku bersahaja, dia mengangguk-angguk perlahan.
"Aku mesti datang, kalau aku tak datang majlis tu tak meriahlah." Sambungnya sebelum menutup pintu KFC itu.
"Ammar..," Dia menoleh. Lama kami berkeadaan begitu, berdiri di tepi koridor. "Sebenarnya aku suka kat kau.. tapi aku dah nak kahwin bulan depan dah..," kataku antara dengar dan tidak, dia hanya membisu sambil tersenyum. Aku terus meninggalkannya di situ, tak brutallah kalau aku menangis.. tapi dalam hati tuhan ajerr yang tahu.
Tiba hari yang mendebarkan itu, aku berpeluh menanti suamiku datang ke rumah. Aircond yang terpasang di bilikku seakan-akan api yang membakar, kepalaku berpusing-pusing, jantungku berdebar-debar bila memikirkan aku akan hidup dengan insan yang tidakku kenali.
"Haa.. kau nampak cantik dalam pakaian ni Mas" usik Iza best friendku.
"Cantik?..Rimas adalah," potongku sambil membetul-betulkan tudung yang kupakai dan juga kebaya berwarna hijau muda itu.
"Pihak lelaki dah sampai" kata emak kepadaku penuh ceria. Aku tertinjau-tinjau di tingkap bilik. Aku sempat melihat kelibat seorang lelaki berbaju melayu putih melangkah naik tangga rumahku sambil diikuti oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Gaya lelaki tu macam....., aku terus mendapatkan Iza.. aku tak dapat bayangkan! Tapi apa si Hazan tu buat kat sini? Takkan dia nak jadi laki aku.. iyelah kami sama-sama brutal, nanti tiap-tiap harilah perang saudara!!
"Iza, matilah aku, aku nampak Hazan dalam rombongan pihak lelaki, entah-entah dia suami aku tak??"
"Hazan?!!" Kulihat Iza terlopong.
"Mas, suami kau nak masuk sarungkan cincin untuk batalkan air sembahyang...," bisik mak ke telingaku. Aku menundukkan kepala..takutnya tuhan aje yang tahu.. suamiku masuk.. tidak berani aku mendongakkan muka. Sebentuk cincin bertatah berlian disarungkan ke jari manisku oleh sebuah tangan sasa lalu mengucup dahiku, kucium tangannya penuh debaran. Aku mulai pening.. tanganku semakin sejuk.. alam sekelilingku mulai gelap.. keadaan jadi riuh-rendah sebelum aku melayang-layang di awangan..
"Mas.. Mas.., bangun sayang.." suara lembut yang seperti pernah kudengari, tapi di mana ye?? Aku membuka mata perlahan-lahan tepat ke wajah suamiku yang berbaju melayu hijau muda.. dia tersenyum. Emak, ayah, Hazan dan Iza juga tersenyum.
"Ya Allah, Ammar ?!!" Aku terlopong. Dia mengangguk. "Bukan Ammmarlah, abang.." dia mencuit pipi
gebuku.
"Mas, sebenarnya abang tak bertunang dengan gadis yang abang cakap dulu, itu semua tipu aje.. tapi abang berkahwin dengan gadis pilihan ibu bapa abang. Sebenarnya abang dah tau Mas adalah bakal isteri abang ketika tu," lembut kata-kata itu menusuk ke jiwaku. Aku jadi malu-malu kucing bila sepasang mata tajam Ammar merenungku.. Peh ! Hilang kebrutalan aku. Tiba-tiba aku malu sendiri bila mengenangkan peristiwa tadi lebih-lebih lagi bila mengenangkan Hazan jadi suamiku. Aku ketawa… Ammar ketawa.. dan kami terus ketawa.. aku yakin aku akan bahagia bersamanya selamanya..!!