Isnin, 21 Jun 2010

bayi di buang






Umpamakn nyamuk ngn manusia... Nyamuk bgadai nyawa isap darah manusia smata2 nak bg protein kt bby die... Tp remaja skrg byk yg buang bayi... So isu sal pbuangan byi harus diketengahkn dan diselesaikn dgn segera..Setiap hari setiap masa kita didedahkan dengan isu buang bayi di dada akhbar….ada yang buang di tong sampah, dibakar macam sampah ditanam macam bangkai binatang …….masyaallah apa sudah jadi pada dunia kita hari ini.. itu pn ade dilaporkan oleh akhbar entah berapa banyak lagi yang berlaku di luar sana hanya Allah saja yang tahu.


Manusia hari ini sudah macam zaman Arab jahiliah.. jahil sejahilnya… malah lebih dahsyat daripada zaman itu… ak rasa budak-budak yang melakukan perkara tersebut pernah belajar sejarah tapi ilmu itu tidak dipergunakan dengan sebaiknya. Inilah jadinya. Kalau zaman Arab dulu bayi perempuan aje yang ditanam bukan di buang merata-rata…. tapi hari ini tak kira bayi lelaki ke perempuan semua dibuang. Inilah buktinya jahilnya mereka.

Tidak ada guna lah kalau belajar sejarah tetapi tidak menghayati. Kita belajar sejarah bukan sekadar tahu tahu, peristiwa tetapi harus belajar dan mengambil ikhtibar daripada peristiwa yang berlaku.

Tp pe2 pn yg pnting bertaubatlah dan segera kembali kepada tuhan yg satu,Allah yg Maha Besar,lagi Maha Pengampun..sesungguhnya Allah itu akan sentiasa mengampunkan dosa2 hambaNya tidak kira besar ataupun kecil..Insyaallah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan