Rabu, 27 Julai 2011

terlupa la plak !!!

 
Pada suatu hari, ada seorang pemuda sedang mengecat bangunan yang tinggi, pada ketika itu dia sedang mengecat bahagian luat tingkat 24. Biasalah dia berdiri atas papan dua keping aje. Tiba-tiba ade sorang kawan tu menjerit dari dalam bangunan " Ali, anak engkau cedera parah kene langgar kereta".


Pemuda tu terkejut beru...k mendengar anaknye kene langgar kereta. Sebagai bapa yang sangat menyayangi anak, dia jadi panik. Ape lagi dia pun terus melompat turun dari papan tu. Malangnye dia melompat bukan kedalam bangunan tapi kearah luar bangunan. Apa lagi, terus jatuh kebawah ler. Jatuh dari tingkat 24, mau tak matinya.


Pemuda tu terkejut besar kerana tersalah lompat, tapi sekarang dia ada masa sikit nak taubat, kerana dah tau tak lama lagi dia akan mati berkecai. Bila sampai kebawah pasti badannye hancur berderai.Terlalu sedih dia ketika itu. Dahlah tak dapat jumpa anaknya tersayang, dia sendiri pun akan mati kejap lagi. Pasti bertambah sedih isterinye nanti. Tiba-tiba waktu badannye tengah laju menjunam kebawah, baru dia teringat yang dia belum ada anak lagi. Bila dah sampai tingkat sepuluh, teringat lagi satu perkara, yang dia belum pun kawin lagi.
 
Dan apabila dah nak sampai ketanah, baru dia teringat yang nama dia pun bukannye Ali.....tapi Bedul. Maka matilah si Bedul hanya kerana terkejut pasal anak orang lain kena langgar.

Isnin, 25 Julai 2011

tanda-tanda wanita tergoda..

 
1)Dia Tidak Senang Duduk
Sesetengah wanita biasanya akan menunjukkan petanda awal yang tidak begitu jelas dan kemudian mengharapkan anda untuk mengambil alih peranan seterusnya. Jika anda berjaya mengesan petanda ini, hanya sedikit usaha mampu membuahkan hasil kerana 'pintu'nya telah terbuka untuk anda. Biasanya... tanda-tanda awal ini ditunjukkan dengan berjalan mundar-mandir di belakang anda atau tidak sengaja terlanggar bahu sambil menjeling manja. Walaupun dia sekadar mengatakan 'Maaf!', itu adalah petanda yang perlu diberi tindakan segera.

2)Tunjuk Minat
Sewaktu berbicara dengannya, walaupun anda memperkatakan hal tidak munasabah, dia masih memberi komen membina. Setiap isu yang anda timbulkan mendapat sokongan daripadanya. Sama ada anda memang pandai berbicara atau dia menaruh minat mendalam terhadap anda. Lebih jelas lagi jika dia memainkan rambut sambil tersenyum manja setiap kali berbicara. Jika anda kurang yakin dengan maksud tersirat yang cuba disampaikan, dapatkan pandangan rakan yang ada bersama anda.

3)Anda Diperkenalkan Kepada Rakannya
Bermakna anda telah diterima masuk dalam kehidupannya. Salah satu sebab anda diperkenalkan adalah untuk memberitahu rakan-rakannya: 'Ini aku punya', dan satu lagi sebab ialah untuk mereka menilai diri anda. Jadi pastikan anda turut mengambil hati rakan-rakannya, namun jangan sampai dia cemburu.

4)Dia Menjual Dirinya
Jika percakapan atau gerak lakunya menunjukkan seperti dia sedang mempromosikan aset dan kelebihannya, bermakna anda sedang diberi petunjuk jelas olehnya. Secara tidak langsung dia ingin membuatkan anda terasa yang dirinya berbaloi untuk dimiliki.

5)Bersikap Terbuka
Biasanya wanita tidak akan mendedahkan terlalu banyak maklumat tentang peribadinya. Hanya jika dia betul-betul berminat dan percayakan anda barulah segalanya akan diceritakan. Anggaplah ia sebagai petunjuk utama tentang keinginannya, terutama jika perihal jenama pakaian dalamnya juga turut diceritakan. WOW!

6)Membayangi Anda
Bukan membayangi seperti mengatasi diri anda, tetapi menjadi seperti bayang-bayang anda. Ke mana sahaja anda pergi, pasti dia akan mengikuti anda. Dia juga menunjukkan minat mendalam terhadap percakapan anda walaupun tiada kena mengena dengan dirinya. Dia sebenarnya sedang lemas dengan keinginannya untuk mendampingi anda. Berikan dia ruang untuk menunjukkan kemahuannya agar tidak 'lemas' lagi.

7)Anda Diajak Ke Tempat Lain.
Dia ingin meluangkan masa yang lebih privasi bersama anda. Mungkin untuk berkenalan dengan lebih lanjut atau untuk meluahkan perasaanya terhadap anda. Kata-kata manis dan bicara anda bukan lagi soal utama baginya. Anda menjadi pilihan utama sebagai teman lelaki baginya.

Khamis, 21 Julai 2011

Rahsia lelaki melalui zodiak..hihi

Adakalanya sebagai seorang lelaki, korg masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu korg akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri korg kn.  Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika korg memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, korg boleh memperbaiki diri anda.



Aries
Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.



Taurus
Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.



Gemini
Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.



Cancer
Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.


Leo
Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.



Virgo
Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.



Libra
Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.



Scorpio
Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.



Sagittarius
Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain



.
Capricorn
Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.



Aquarius
Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .



Pisces
Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

Khamis, 14 Julai 2011

misteri kedai kuning


Aku masih ingat lagi ape yang berlaku kat aku time aku kecik-kecik dulu..misteri kedai kuning tu aku ingat sampaila ke arini..seram sesangat bile teringatkan kedai kuning tuu..


Tepat jam 9 malam,ketika itu suasana malam sunyi sepi,xde bunyi orang wat bising pn,,hanya bunyi tiupan angin macam nak hujan..tapii x hujan pn..sedang aku wat ‘homework’ yang diberikan cikgu,tetibe jer bulu roma ak meremang seperti merasai sesuatu yang ‘pelik’ akan berlaku..seram sangat..


Tetibe kedengaran suara ayahku yang berada di dapur yang ketika itu sedang menonton televisyen..


Ayah: cepat siap2...nak g ronda2 nih..lau lambat tinggal

Aku: yeyeyeye,nk g jln2..jomm222


Dengan selambanya aku menjawab..huhu..tadi rase seram jer..tapi bile ayah ajak g jalan2 dengan sekelip mata hilang perasaan seram dan takut tu..biasalah time tu aku kecik2 lagi,pantang orang ajak jalan2..hehe


Kteorg pegila ronda2 dekat bandar tu..hepi sesangat..akan tetapi tetibe aku mataku tidak berkelip melihat sebuah kedai yang bewarna kuning yang berada ditepi jalan tu..kedai tu nampak macam pelik..kataku dalam hati..bulu romaku meremang lagi..


Sampai kat umah,aku still tertanya-tanya mengapa kedai kuning tu pelik sesangat..seram jer aku tengokk..lau korg nak tau pe yang aku nampak tu,ikutilah kisah seterusnya....





Korang nak tau seram gler aku tengok kedai kuning tu penuh ngan orang..pelik bin ajaib..aku pn tanye ayahku, “nape kedai tu rmai sangat org pegi ea?”,lantas ayahku menjawab “yela,kedai tu mee kari die best gler,sampai menjilat sudu”,huhu..yg belakang tu aku yang tambah..haha..jgn mara yer..sejak tu la baru aku tau misteri kedai kuning tu.hehe..mee kari best rupenye..hik3..


Sampai sekarang kedai tu ramai orang yang pegi..suatu ari,


Ayah: lame kan kite x pegi kedai kuning tuuu??

Aku: da tu,jomla,pe lagi..

Ayah: alar,malasla,,ko pegi blikan tuk ayahla

Aku: ler..( wat muke malas)haha

Disebabkan tu la aku nak cter kat korg sume r sal misteri kedai kuning tu..hehe..

Ahad, 10 Julai 2011

tips tuk org laki: pe yang korg kene lakukan bile admire kat awek yg da ade pkwe??


Haha..kembali lagi kite tuk tips yang seterusnya..hehe..entri ni aku wat khas tuk sorg kawan blogger ak nih..semangat btol ye nak tau sal mende ni..kcian die..
Before aku mulekan sal tips 2,mai dekat-dekat cket..ak nak story sket cter die ni..ni cter ye..korg kene fhmkn btol2 cter ni k..hehe


Ni cter si mamat 2..hehe..
Suatu ketika masa , aku tertarik dengan seorang perempuan (jatuh hati pandang pertama lah kan). Bukan nak perasan, tapi aku tengok dia pun asyik ada pandang2 aku je, itu yang aku berani utk tegur a.k.a usha ...


So aku pun ada brani utk mengusha setelah 5 bulan admire , lagi2 dapat tahu dari member2 nya beliau ini single. Terbaik ! Setelah sebulan kawan, aku rasa dia mesti tahu punya yang aku sedang meng"ayat" dia. Dia punya layanan pun best...Tup2 dia pun buka cerita yg dia sebenarnya ada suka seorang lelaki (1st luv), tapi lelaki itu tak pernah nak ambil tahu hal dia. Asyik marahkan dia je, tu yg dia anggap diri dia single coz ibarat cinta dorang tergantung. Si mamat itu pula teringat ex-gf dia yg dah tunang, kecewalah kononnya. Lagilah sakit ati popuan ini dgr cerita dr mamat itu.

Dia banyak kali lah juga cerita kecewa dia dgn mamat itu, aku pun mestilah ada perasaan down kan bila dengar. Dia maki, dia hamun mamat itu, tp sayang lagilah kat mamat itu, sikit2 sayang, aku je bosan,haha.


Aku ada bagitau sori sebab aku fikir dia single tu yg brani kacau, tup2 dia macam tak kasi aku blah. Aku try  tak sms, tapi dia yg mulakan sms dulu. Cerita remeh temeh pun kadang2 dia bagitau aku...


Kalau ikutkan ati aku, memang aku suke gile dekat dia. yelah aku jenis lelaki yg susah nk suka orang...Lagipon memang aku tengah mencari......


Well, kesian betul kan bila tengok lelaki-lelaki yang macam ni. Tapi dieorang mesti ckp camni,
“da tu ak nak wat camner,hati aku da ske kat die..lantakla da de pakwe ke pe ke”..hehe..agak2la kan nak wat camtu pompuan tu pun de hati ngan perasaan,ye bukan boneka yang boleh dibuat mainan..

Anyway, to all guys kat luar sane 2 yang tengah2 nk usha awek 2 yang macam ni,agak susah sket la kan tapi bak kata pepatah ‘usaha tangga kejayaan’..hehe

Dengan kata lain, korang boleh buat or try mende ni..hehe..ni aku gtau dari pe yang aku tengok je..


          1.korg patut berbangga bile korang yang dieorg pilih tuk jadi bezfren


*korang nak tau kenape ak cakap camtu??hehe..sebabnyer korang kene tau sometimes de je pompuan yang xleh get along ngan kaum sejenis..sebab tu la kebanyakan diantara pompuan memilih lelaki sebagai bezfren dieorang..


*bezfren bagi sorg pompuan amat bermakna tau..bezfren tu tempat ye luahkan segala-galanya..tapi tapi tapi itu atas pompuan tu la kan..ade je yang luahkan sume sometimes story sket jer..hehe..then,korg kene tau yang pompuan ni suke brahsia,pendam perasaan sebab tu la ye memerlukan sorg yang dipercayai sebagai tempat ye luahkan perasaan




        2. tunjukkan keikhlasan korang kat pompuan tu


*korg nak tau pompuan ni kan ye suke sangat bile tengok sorg laki tu yang menunjukkan rasa ikhlas dan boleh terima diri dieorang seadanya..bukan ape,dieorg akan merasai diri dieorang lebih dihargai,disayangi,dilindungi..hehe.
*bile korg da berjaya tunjukkan keikhlasan kat pompuan tu,insyaAllah lau jodoh korg ngn die,adela tu..hehe

   

        3. bagi ujian sket kat pompuan tu


*hehe..yang ni lak kan korg leh try uji pompuan tu..cube korg x msg dieorg selama seminggu or kol x angkat,pe respons dieorg?hehe..kadang-kadang lau pompuan tu biasenye luahkan perasaan kat korg bile korg x reply msg or kol,dieorg mesti akan tercari2..akan terasa kehilangan..tu lau korang ni rapat ngn die k..lau yang x rapat 2..sorila ..hahaha



        4. buat something yang leh wat dieorang terharu


*tu point ni,korang kena pndai amik hati tau..alar lau bab2 cmni laki mesti bagi bunga la,teddy la,perfume la korang kene tau bukan sume r pompuan camtu tau..sesetengah tu x bagi bende2 camni pn leh wat dieorang terharu like korang selalu ade time dieorang tengah sedih ke,pape la..pompuan ni penuh ngn emosi,korg kene faham situasi pompuan tu..korang leh wat lawak ke tuk hepikn dieorg..hehe..


    5. sentiasalah berdoa kepada Allah



*haa yang ni penting tau..lepas solat 5 waktu korang jangan sesekali lupe tuk berdoa jika pompuan yang korg kasihi tu adalah jodoh korg maka satukanlah,lau tidak,korg kene terima ketentuan Allah..soal jodoh ni sume ketentuan Allah,kite sebagai hambaNya hanya mampu merancang tapi sume tu adalah dariNya.


*sebagai tambahan,hehe..korang leh cube dengar lagu nasyid ni,permata yang dicari-dehearty..best gler..hehe..bile korg dgr lagu ni,kompem hati korg akan terusik ngan kata-kata daripada lirik ni..huhu


Setakat ni jer k yang aku sempat bagitau korg yer..hehe..to all guys kat luar sane 2,lau ade peluang korg,insyaAllah korg akn dapat pe yg korg nak k..pape pn yang penting usaha dan terus berusaha..hehe..lau korg da nampak respons negatif bek korg cari pompuan len k..lau da de respons positif nasib baik korg la 2..hik3..chaiyok2..gambatehh...



Sabtu, 9 Julai 2011

header tuk adik emi..hehe

arini saje je ak nk post sal ak da wat satu header tuk adik emi ni..hehe..ni blog die 


ye suh ak watkan header tuk die..hehe..ak pn tlg la ye wat..tapi just simple la ak wat tuk die..


 ni header yang aku watkn tuk adik emi..sesuai kot tuk dak 12 thun..hehe


thanz dear coz puji header 2 comey..hehe..lau nk ubah pape gtau je k..luv u 2..muah333

Rabu, 6 Julai 2011

Tips tuk kaum Adam..camne nak tau pompuan suke kat kter??


Cter ni da lme pn.huhu.de lam thn lps kot.ak sndri pn x bape ingt sgt.yela,pe yang aku paling ingat ialah sal makanan..hahaha..( gelak jahat ). Ada la kawan lelaki aku ni yang boleh tahan gak la  tanya ak soalan macam ni, "camne eh kite nak tau sorg pompuan tu suke gler or minat kat kte ek ??”

Saat aku menerima soalan tu, aku terasa nak tolong sorokkan je muka dia kat bawah meja sebab nak cover malu punya pasal. "pe punye soalan la mamat nih?ish3, xde soalan yang ag susah ker..nak kene sekeh gak dak ni..grrrr"..disebabkan hanya chat ngn die melalui fb so sume yang ak ckp kat atas tu x leh la aku wat kat die..hahaha..jgn mara yer..

Aku pn pelik bile ye tanye cm2 mane taknye die 2 lau bab2 jiwang2 ni leh tahan tapi bab2 nak tackle n tau sal pompuan teetttt sket..hahaha..ops,sori yer kawan..nsib bek ye de kawan mcm ak,ak pun layan la die ni..ak pn dengan selamber badak terus menjawab, “pe yang ko susah sangat,ko pegi je la tanaye kat pompuan 2,habis cter..haha”..

 Korg nak tau pe reaksi die bile ak ckp cmtu..hohohoho..
X leh blah ye boleh cakap cmni,cmni ni haaa

"xmola ak..i malu la u..huhu."

"pe sal ko nak malu sgt. Tadi ckp nak sgt tapi malu lak,segan konon..da 2 bile nak dapat??"( ngn muke geram aku membalas kat die)


Well, kesian betul kan bila tengok lelaki-lelaki yang macam ni. Tapi lagi kesian kat perempuan la. Dah tu, kalau semua lelaki pemalu dan segan, mesti lah yang terima akibat nya tak lain tak bukan perempuan gak. Apa apa pun, satu je nasihat yang rasanya perlu diambil perhatian, sebelum nak usha awek, pastikan die single dan available. nanti tak pasal-pasal lebam mata sebelah kanan.x pun mane2 je la..haha

Anyway, to all guys kat luar sane 2 yang tengah2 nk usha awek 2 meh cini ak nak kasi tau ‘something’ about pe yang pompuan akan buat bila dia dah tersuka kat seseorang yang bergelar kaum ADAM / lelaki. bukan Adam Nur Kasih tu..huhu..x pun Adam lam cter novel Adam dan Hawa..hehe

Dengan kata lain, korang boleh tahu yang pompuan tu suka kat korang kalau...


1. Perempuan ni susah nak cari benda yang dia benci kat orang yang dia sayang

    * Orang selalu kata yang cinta itu buta. Itulah yang berlaku bila perempuan tu start suka kat someone. You know what, kebanyakan perempuan suka kat lelaki yang bad-bad boy. Tak pasti kenapa tapi mungkin sebab diorang ni lebih romantik. Dan itulah yang aku katakan.. bila dah sayang, yang bad-bad ni terus tak nampak dah.
    * Dan kesian kan kat lelaki yang baik-baik kalau dah semua perempuan minat kat lelaki yang bad-bad. Hmm..



2. Dia akan beri layanan first class kat korang

    * Walaupun sibuk belajar, bila korang buzz kat YM mesti cepat je dia reply.
    * Walaupun korang call time die tengah tidur, dia sanggup angkat. Kalau tak perasan call tu, dia akan terus balas panggilan atau mesej korang tu
    * Dia tak akan lupa nak wish besday korang.
    * Dia akan tahu semuanya tentang korang walaupun korang tak pernah bagitahu pun. Contoh, hujung minggu korang buat apa? Well, she is the best stalker of yours..huhu..cayala




3. dia beri 300% perhatian time keluar dengan korang

    * Perempuan ni kan, bila dah suka kat seseorang, orang tu mesti tetap di ingatan walaupun tengah keluar dengan lelaki lain. Baik kan wanita. Setia pada yang satu.
    * Tapi kalau dia memang layan korang dengan sepenuh hati nya, tandanya dia memang tengah single and available dan siapa tahu korang lah jejak yang dia cari-cari selama ini?
    * Tips ni agak susah sikit nak follow. So lau korg rse susah sket nk follow, let's move on to the next tips!



4. Perempuan ni mudah meluahkan perasaan, melalui muzik, puisi,video, tulisan dan lukisan

    * Kadang-kadang perempuan senang nak bagitahu 'what is in her mind' kat status Facebook diorang. Contoh terdekat, tengok je la status kawan-kawan perempuan korang. Mesti ada punya status yang jiwang-jiwang. tak kira lah dicopy and paste mahupun direka sendiri. yang penting, ianya betul2 apa yang diorang rasa..hehe
    * so, start lah stalk Facebook / twitter diorang. Kalau ada blog, jangan tak follow plak. Blog lagi la tempat yang paling sesuai nak luah perasaan. Yup! Perasaan jiwang dan wanita memang tidak dapat dipisahkan.
    * Tapi sila ambil perhatian, jangan pulak syok sendiri. Konfirmkan betul-betul luahan hati dia tu ditujukan untuk korang dulu, baru proceed dengan next step..haishh




5. Satu ucapan 'hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya

    * Pernah tak your 'hi' only di reply oleh sang gadis dengan reply yang bukan sekadar 'hi' malah lebih panjang dari itu? kalau pernah, tahniah.. InsyaAllah anda memang disukai oleh gadis itu.
    * Perempuan ni simple sebenarnya. Bayang kan lah, korang say 'hi' pun dah boleh buat diorang gila bayang. Suka bukan main tau. Diorang tak mintak banyak pun, cukup la sekadar lelaki tu mesej hi tanda ambil berat dan ingat kat diorang selalu. Tak perlu nak bagi hadiah mahal segala tuk buat diorang hepi.
    * Tapi kalau ucapan 'hi' korang tu tak de reply, better give up and don't ever text her again with "why don't U reply my msg?". sebab itu adalah perbuatan yang sia-sia..lol



6. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang dia rasa dan lalui

    * Rasanya ni semua orang pun tahu. Teman baik lah yang paling banyak simpan rahsia kita. Kadang-kadang, teman baik tu jugak lah yang menjadi pembangkang atau penyokong untuk menyukai seseorang. So apa lagi, kenal-kenal lah dengan teman baik dia, korek rahsia sikit-sikit. Lau Berusaha pasti berjaya!Chaiyok2.!!



7. Ada juga yang suka dalam diam.

    *  aku jarang jumpa spesies yang macam ni walaupun sebenarnya memang ada. Perempuan yang suka dalam diam ni akan buat sesuatu yang tak akan diketahui oleh sang jejaka. Alah, nama pun secret admirer. Contohnya, stalk Facebook hari2, tulis surat cinta (ni zaman dulu la), bagi hadiah besday tapi nak cover punya pasal takut kantoi cakap yang itu hadiah daripada budak satu kelas.
    * Untuk kes ni, korang kena alert la. Tipu lah tak perasan kalau betul korang ada secret admirer. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak kan? At least, mesti ada hint punya lah, just korang je yang tak perasan atau buat-buat tak perasan.
    * And please, kalau dah tahu tu jangan la malukan perempuan tu if korang tak suka kat dia. Hormati perasaan dia. At least say "Terima kasih kerana menyukai saya, saya hargai dan maafkan saya." Budi bahasa kan budaya kita?



9. dia adalah sumber inspirasi korang yang terbaik after mak, kakak or makcik korang

    * Bila perempuan dah mula suka kat lelaki, dia mesti nak yang terbaik buat lelaki tu. Dia akan menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk korang supaya korang terus success dalam hidup. Takde perempuan yang suka tengok orang yang dia sayang gagal. Pastu gelak jahat. trust me. Tapi ingat, bila dah start benci siaplah korang, hari-hari mesti dapat doa kejam percuma.. haha [baru boleh gelak jahat]
    * Perempuan juga suka jika dia berjaya merubah orang yang dia sayang. Contoh; korang berhenti merokok sebab dia, berhenti main dota 24jam sebab dia & solat 5X sehari sebab dia. Semua tu dia nasihatkan semata-mata untuk kebaikan lelaki, bukan untuk dia. Baik sungguh kan perempuan? terima kasih.
    * Tapi, mengikut pengalaman aku sendiri, lelaki bukan mudah untuk menerima teguran. Kalau perempuan silap tegur or cakap sikit, mereka ni mudah melenting sehinggakan sanggup melontarkan kata-kata kesat. contoh, "sape ko dalam hidup aku???!" Kalau macam tu, memang tak boleh nak kata apa dah la, either ko memang tak sesuai untuk dia ataupun dia memang tak pernah anggap ko special dalam hidup dia..huh


10. Approve Friend Request korang di FACEBOOK

    * Kalau dia approve, tandanya suka la. Kalau tak approve, faham-faham je lah ye.
    * but but but  hehe..!ingat!!! ada je yang tak approve tapi sebenarnya suka. Dalam kes ni perempuan tu mungkin tak nak lelaki yang dia suka tu tahu setiap aktiviti dia yang mungkin boleh memalukan diri dia. Perempuan ni kan pemalu. Erk pemalu ke?
    * So, jangan buat andaian awal yang bukan-bukan..cara paling mudah, begini je lah.. jom proceed ke last tips..hehe



11. Jangan main agak-agak la brader, tanya terus!

    * Habis n senang cite kan? Finish. InsyaAllah korang akan terus dapat jawapannya.. hehe
    * Perempuan suka lelaki yang berani. Takkan perempuan pulak yang nak tanya dulu? "Saya suka awak, awak suka saya tak?" 




So,korg rase cmne??setuju ngn pe yg ak kasi tau 2 and da bersedia nk try??..hehe..Gud luck yer.. Ape pe pun, perasaan wanita sebenarnya lebih mudah nak diramal berbanding lelaki. The last thing,nasihat ak tuk korg,pliz pliz pliz jangan sesekali mempermainkan hati pompuan..sampai kadang-kadang aku sendiri pening and curious tntg pe yang bermain di fikiran seorang insan bergelar lelaki..haishh (T__T)Y
 



p/s- haha..korg mesti x perasan yang tips tuk no 8 tu xde..so,pandai2 korgla yer..hehe..anyway,gud luck..