Rabu, 6 Julai 2011

Tips tuk kaum Adam..camne nak tau pompuan suke kat kter??


Cter ni da lme pn.huhu.de lam thn lps kot.ak sndri pn x bape ingt sgt.yela,pe yang aku paling ingat ialah sal makanan..hahaha..( gelak jahat ). Ada la kawan lelaki aku ni yang boleh tahan gak la  tanya ak soalan macam ni, "camne eh kite nak tau sorg pompuan tu suke gler or minat kat kte ek ??”

Saat aku menerima soalan tu, aku terasa nak tolong sorokkan je muka dia kat bawah meja sebab nak cover malu punya pasal. "pe punye soalan la mamat nih?ish3, xde soalan yang ag susah ker..nak kene sekeh gak dak ni..grrrr"..disebabkan hanya chat ngn die melalui fb so sume yang ak ckp kat atas tu x leh la aku wat kat die..hahaha..jgn mara yer..

Aku pn pelik bile ye tanye cm2 mane taknye die 2 lau bab2 jiwang2 ni leh tahan tapi bab2 nak tackle n tau sal pompuan teetttt sket..hahaha..ops,sori yer kawan..nsib bek ye de kawan mcm ak,ak pun layan la die ni..ak pn dengan selamber badak terus menjawab, “pe yang ko susah sangat,ko pegi je la tanaye kat pompuan 2,habis cter..haha”..

 Korg nak tau pe reaksi die bile ak ckp cmtu..hohohoho..
X leh blah ye boleh cakap cmni,cmni ni haaa

"xmola ak..i malu la u..huhu."

"pe sal ko nak malu sgt. Tadi ckp nak sgt tapi malu lak,segan konon..da 2 bile nak dapat??"( ngn muke geram aku membalas kat die)


Well, kesian betul kan bila tengok lelaki-lelaki yang macam ni. Tapi lagi kesian kat perempuan la. Dah tu, kalau semua lelaki pemalu dan segan, mesti lah yang terima akibat nya tak lain tak bukan perempuan gak. Apa apa pun, satu je nasihat yang rasanya perlu diambil perhatian, sebelum nak usha awek, pastikan die single dan available. nanti tak pasal-pasal lebam mata sebelah kanan.x pun mane2 je la..haha

Anyway, to all guys kat luar sane 2 yang tengah2 nk usha awek 2 meh cini ak nak kasi tau ‘something’ about pe yang pompuan akan buat bila dia dah tersuka kat seseorang yang bergelar kaum ADAM / lelaki. bukan Adam Nur Kasih tu..huhu..x pun Adam lam cter novel Adam dan Hawa..hehe

Dengan kata lain, korang boleh tahu yang pompuan tu suka kat korang kalau...


1. Perempuan ni susah nak cari benda yang dia benci kat orang yang dia sayang

    * Orang selalu kata yang cinta itu buta. Itulah yang berlaku bila perempuan tu start suka kat someone. You know what, kebanyakan perempuan suka kat lelaki yang bad-bad boy. Tak pasti kenapa tapi mungkin sebab diorang ni lebih romantik. Dan itulah yang aku katakan.. bila dah sayang, yang bad-bad ni terus tak nampak dah.
    * Dan kesian kan kat lelaki yang baik-baik kalau dah semua perempuan minat kat lelaki yang bad-bad. Hmm..



2. Dia akan beri layanan first class kat korang

    * Walaupun sibuk belajar, bila korang buzz kat YM mesti cepat je dia reply.
    * Walaupun korang call time die tengah tidur, dia sanggup angkat. Kalau tak perasan call tu, dia akan terus balas panggilan atau mesej korang tu
    * Dia tak akan lupa nak wish besday korang.
    * Dia akan tahu semuanya tentang korang walaupun korang tak pernah bagitahu pun. Contoh, hujung minggu korang buat apa? Well, she is the best stalker of yours..huhu..cayala




3. dia beri 300% perhatian time keluar dengan korang

    * Perempuan ni kan, bila dah suka kat seseorang, orang tu mesti tetap di ingatan walaupun tengah keluar dengan lelaki lain. Baik kan wanita. Setia pada yang satu.
    * Tapi kalau dia memang layan korang dengan sepenuh hati nya, tandanya dia memang tengah single and available dan siapa tahu korang lah jejak yang dia cari-cari selama ini?
    * Tips ni agak susah sikit nak follow. So lau korg rse susah sket nk follow, let's move on to the next tips!



4. Perempuan ni mudah meluahkan perasaan, melalui muzik, puisi,video, tulisan dan lukisan

    * Kadang-kadang perempuan senang nak bagitahu 'what is in her mind' kat status Facebook diorang. Contoh terdekat, tengok je la status kawan-kawan perempuan korang. Mesti ada punya status yang jiwang-jiwang. tak kira lah dicopy and paste mahupun direka sendiri. yang penting, ianya betul2 apa yang diorang rasa..hehe
    * so, start lah stalk Facebook / twitter diorang. Kalau ada blog, jangan tak follow plak. Blog lagi la tempat yang paling sesuai nak luah perasaan. Yup! Perasaan jiwang dan wanita memang tidak dapat dipisahkan.
    * Tapi sila ambil perhatian, jangan pulak syok sendiri. Konfirmkan betul-betul luahan hati dia tu ditujukan untuk korang dulu, baru proceed dengan next step..haishh




5. Satu ucapan 'hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya

    * Pernah tak your 'hi' only di reply oleh sang gadis dengan reply yang bukan sekadar 'hi' malah lebih panjang dari itu? kalau pernah, tahniah.. InsyaAllah anda memang disukai oleh gadis itu.
    * Perempuan ni simple sebenarnya. Bayang kan lah, korang say 'hi' pun dah boleh buat diorang gila bayang. Suka bukan main tau. Diorang tak mintak banyak pun, cukup la sekadar lelaki tu mesej hi tanda ambil berat dan ingat kat diorang selalu. Tak perlu nak bagi hadiah mahal segala tuk buat diorang hepi.
    * Tapi kalau ucapan 'hi' korang tu tak de reply, better give up and don't ever text her again with "why don't U reply my msg?". sebab itu adalah perbuatan yang sia-sia..lol



6. Teman baiknya sahaja yang tahu apa yang dia rasa dan lalui

    * Rasanya ni semua orang pun tahu. Teman baik lah yang paling banyak simpan rahsia kita. Kadang-kadang, teman baik tu jugak lah yang menjadi pembangkang atau penyokong untuk menyukai seseorang. So apa lagi, kenal-kenal lah dengan teman baik dia, korek rahsia sikit-sikit. Lau Berusaha pasti berjaya!Chaiyok2.!!



7. Ada juga yang suka dalam diam.

    *  aku jarang jumpa spesies yang macam ni walaupun sebenarnya memang ada. Perempuan yang suka dalam diam ni akan buat sesuatu yang tak akan diketahui oleh sang jejaka. Alah, nama pun secret admirer. Contohnya, stalk Facebook hari2, tulis surat cinta (ni zaman dulu la), bagi hadiah besday tapi nak cover punya pasal takut kantoi cakap yang itu hadiah daripada budak satu kelas.
    * Untuk kes ni, korang kena alert la. Tipu lah tak perasan kalau betul korang ada secret admirer. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak kan? At least, mesti ada hint punya lah, just korang je yang tak perasan atau buat-buat tak perasan.
    * And please, kalau dah tahu tu jangan la malukan perempuan tu if korang tak suka kat dia. Hormati perasaan dia. At least say "Terima kasih kerana menyukai saya, saya hargai dan maafkan saya." Budi bahasa kan budaya kita?



9. dia adalah sumber inspirasi korang yang terbaik after mak, kakak or makcik korang

    * Bila perempuan dah mula suka kat lelaki, dia mesti nak yang terbaik buat lelaki tu. Dia akan menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk korang supaya korang terus success dalam hidup. Takde perempuan yang suka tengok orang yang dia sayang gagal. Pastu gelak jahat. trust me. Tapi ingat, bila dah start benci siaplah korang, hari-hari mesti dapat doa kejam percuma.. haha [baru boleh gelak jahat]
    * Perempuan juga suka jika dia berjaya merubah orang yang dia sayang. Contoh; korang berhenti merokok sebab dia, berhenti main dota 24jam sebab dia & solat 5X sehari sebab dia. Semua tu dia nasihatkan semata-mata untuk kebaikan lelaki, bukan untuk dia. Baik sungguh kan perempuan? terima kasih.
    * Tapi, mengikut pengalaman aku sendiri, lelaki bukan mudah untuk menerima teguran. Kalau perempuan silap tegur or cakap sikit, mereka ni mudah melenting sehinggakan sanggup melontarkan kata-kata kesat. contoh, "sape ko dalam hidup aku???!" Kalau macam tu, memang tak boleh nak kata apa dah la, either ko memang tak sesuai untuk dia ataupun dia memang tak pernah anggap ko special dalam hidup dia..huh


10. Approve Friend Request korang di FACEBOOK

    * Kalau dia approve, tandanya suka la. Kalau tak approve, faham-faham je lah ye.
    * but but but  hehe..!ingat!!! ada je yang tak approve tapi sebenarnya suka. Dalam kes ni perempuan tu mungkin tak nak lelaki yang dia suka tu tahu setiap aktiviti dia yang mungkin boleh memalukan diri dia. Perempuan ni kan pemalu. Erk pemalu ke?
    * So, jangan buat andaian awal yang bukan-bukan..cara paling mudah, begini je lah.. jom proceed ke last tips..hehe



11. Jangan main agak-agak la brader, tanya terus!

    * Habis n senang cite kan? Finish. InsyaAllah korang akan terus dapat jawapannya.. hehe
    * Perempuan suka lelaki yang berani. Takkan perempuan pulak yang nak tanya dulu? "Saya suka awak, awak suka saya tak?" 




So,korg rase cmne??setuju ngn pe yg ak kasi tau 2 and da bersedia nk try??..hehe..Gud luck yer.. Ape pe pun, perasaan wanita sebenarnya lebih mudah nak diramal berbanding lelaki. The last thing,nasihat ak tuk korg,pliz pliz pliz jangan sesekali mempermainkan hati pompuan..sampai kadang-kadang aku sendiri pening and curious tntg pe yang bermain di fikiran seorang insan bergelar lelaki..haishh (T__T)Y
 



p/s- haha..korg mesti x perasan yang tips tuk no 8 tu xde..so,pandai2 korgla yer..hehe..anyway,gud luck..

10 ulasan:

  1. vote for number 4 !!! ihihi~ i do made a song for him . <3

    BalasPadam
  2. nice tips .
    =)

    BalasPadam
  3. @azel cak: hehe..thanz
    @shafika: hehe..bgs2..

    BalasPadam
  4. haha! bagos ni!! bukan utk pompuan je kot.. laki pun ade~

    BalasPadam
  5. skrg aku dah tau ada org suka aku..haha

    BalasPadam
  6. @sniffa93: hehe..iye??bgs2

    @phycrewz: bru tau ke??kcian2..hehe

    BalasPadam
  7. boleh try ni...tp kalau tnye trus n dia tolak tak ke malu...luahkan dlm blog je la.hehe

    BalasPadam
  8. @jasaman: lau x cbe ne tau kn..hehe..kne cbe la

    BalasPadam